Ya sekolah dah nak buka dalam dua tiga hari lagi bukan ? Mungkin cikgu dah dapat smartphone altitude daripada pihak YES. Tapi bagaimana hendak gunakan Teacher Data Plan Package dalam smartphone YES 4G LTE ke komputer riba cikgu ? Takkan nak renung screen kecil telefon tu bukan ? Kelabu biji mata tu nanti.

Kami kongsikan bagaimana cikgu boleh dapat manfaat daripada fungsi smartphone YES untuk dijadikan hotspot nanti. Ikuti langkah dibawah untuk memudahkan kerja cikgu-cikgu di sekolah nanti.

Secara amnya setiap bulan cikgu akan mendapat data 2GB yang dibayar oleh KPM untuk digunakan untuk tujuan kerja cikgu secara percuma. Bagaimana hendak periksa sama ada masih ada data atau dah habis ? Cikgu boleh buka aplikasi My YES 4G untuk memeriksa baki pakej data cikgu dengan mudah.


Masih banyak lagi bukan ? Sekarang marilah ikuti langkah tutorial suapaya cikgu dapat aktifkan fungsi Hotspot pada phone Altitude YES dengan mudah.

Pergi setting atau scroll down paparan screen dan klik icon gear


Seterusnya klik menu More


Seterusnya klik menu Set up WLAN hotspot


Seterusnya masukan nama wireless Hotspot cikgu .. pastikan unik supaya tak ada yang tertukar atau nama sama satu sekolah Hotspot cikgu nanti


Jangan lupa tap butang save … ok langkah seterusnya


Cikgu boleh tap untuk hidupkan fungsi Hotspot cikgu … malah cikgu boleh gunakan Bluetooth untuk sambungan lebih selamat


Jika cikgu risau kehabisan batery cikgu boleh gunakan USB tethering sambil caj dan melayari internet.

Jika cikgu dah setup semuanya takkan nak akses melalui setting setiap kali nak kongsi internet bukan ? Kali ini mudah … sistem phone akan buat satu butang one tap sahaja bila cikgu swap turun screen untuk aktifkan fungsi Hotspot dengan mudah.


Contoh bila cikgu aktifkan Hotspot … cikgu boleh akses sama seperti sambuangan wifi yang lain

Satu tips bagi pengguna Windows 10. Jika cikgu tak aktifkan metered connections wifi kemungkinan data cikgu akan ditelan oleh sistem update Windows 10. Mohon aktifkan selepas cikgu buat sambungan ke Hotspot cikgu.

Awal bulan dah habis data … alamak !

Mohon aktifkan fungsi ini jika tak nak kehabisan data dengan cepat dalam Windows 10

Gunakan dengan bijak .. Jika ada soalan sila tinggalkan diruangan komen

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This