Semalam satu lawatan daripada sekolah Korea Selatan iaitu Songhwa Elementary School ke SK Seksyen 13 sempena International Friendship and Cultural Camp 2017 kali ke-5.

Program ini di bawah program Sekolah Kluster Kecemerlangan Kolaborasi Pengantarabangsaan “ALCoB School Network Project

Program selama 3 hari ini yang bermula daripada 10-12 Jan 2017 ini bertujuan memberi pendedahan kebudayaan kedua-dua negara disamping merapatkan hubungan jalinan antarabangsa kedua-dua buah sekolah ini.

Kami ucapkan tahniah dan sentiasa memberi galakan penuh.

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Ketua Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Selangor iaitu En Yusnaini bin Mohd Riffin.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This

Jom Kongsi

Kongsikan ke rakan anda

Shares