Pada 5-7hb April 2017 pihak BTPN Selangor melalui Unit Pembestarian Sekolah dengan kerjasama Cyber Safe Malaysia telah mengadakan bengkel berkaitan Cybersafe in Schools dan sedikit taklimat awal berkaitan dengan program pertandingan National ICT Discourse (NICTSeD) untuk tahun 2017.

Dalam program selama tiga hari para peserta didedahkan dengan pelbagai pengetahuan berkaitan dengan Cybersafe in Schools daripada speaker-speaker yang berkaliber daripada Pihak Cybersafe Malaysia iaitu En Jazanul Azriq bin Aripin, En Edwan dan Puan Elina

Antara topik-topik yang disentuh ialah :

  1. Cyberparenting : Parents are the Best Firewall
  2. A.D.A.B Digital Citizenship
  3. Emerging Threats Safeguard Yourself from Hackers
  4. Power Search Using Google
  5. Social Media Security
  6. Digital Citizenship : Finding the Balance in DQ and DI
  7. Why Hackers Like Your Computer

Pada hari terakhir para peserta menyampaikan sedikit perbentangan daripada topik-topik yang diberikan dalam sesi bengkel tersebut .. yealah kita pun nak lihat para peserta pun memberikan input yang baik bukan ?

Penutup pula disambung dengan taklimat pertandingan NICTSeD 2017 supaya guru-guru dapat bersedia dengan pasukan sekolah yang mantap.

Berminat untuk mendapatkan Ceramah Cybersafe in Schools ? Hubungi mereka di http://www.cybersafe.my/speaker.html

Pin It on Pinterest

Shares
Share This

Jom Kongsi

Kongsikan ke rakan anda

Shares