Seperti mana emel yang telah dihantar oleh pihak JPN Selangor pada 1hb Jun 2017 kepada sekolah-sekolah negeri Selangor memaklumkan bahawa semua sekolah akan terlibat dalam pengisian kali ini.

Pengisian bermula pada 15hb Julai – 15hb Ogos 2017 dan pengisian ini akan diuruskan oleh kami BTPN Selangor serta akan dibantu oleh PKG-PKG dalam daerah anda.

Surat Makluman SSQS

Siapa yang akan terlibat ? Kali ini ada sedikit pertambahan responden iaitu 63 responden yang terdiri seperti berikut :

  1. 1 x Pentadbir
  2. 1 x Guru Perpustakaan & Media
  3. 1 x Guru ICT atau Penyelaras Bestari
  4. 30 x Orang Guru
  5. 30 x Orang Pelajar

Bagi sekolah yang kurang murid pihak sekolah diminta untuk mencukupi bilangan yang termampu sahaja. Manakala Kolej TIngkatan 6 dikecualikan daripada penarafan SSQS kali ini.

Responden

Pada tahun ini kami mohon sekolah memahami kehendak soalan dan merancang strategi menjawab dengan menentu-sahkan calon menjawab supaya jawapan yang diperolehi lebih berkualiti dan mencapai tahap yang sepatutnya. (tak sepatutnya ada sekolah di negeri Selangor mendapat tahap 2 bintang)

Berikut adalah rubik soalan untuk calon rujuk sebagai panduan ke arah pembestarian sekolah yang sepatutnya. Bestari bukan merujuk kepada peralatan canggih tapi bagaimana sekolah menggayakan dan menerapkan budaya tersebut dalam generasi sekarang.

Berikut adalah pemberatan bidang bagi setiap soalan :

Untuk memudahkan anda skor jawapan mohon rujuk panduan yang disertakan untuk semua responden .. kami harap calon tidak menembak jawapan sesuka hati selepas ini.

  Panduan Responden SSQS 2017 (1.9 MiB, 852 hits)

 

Pin It on Pinterest

Shares
Share This

Jom Kongsi

Kongsikan ke rakan anda

Shares