Tuan/Puan dijemput hadir ke Program Semarak Pusat Kegiatan Guru Negeri Selangor 2017 bakal diadakan seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh : 6 September 2017 (Rabu)
  • Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Tempat : Auditorium (Tingkat 2) PPAS Raja Tun Uda,
    Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,
    40100 Shah Alam, Selangor.
  • Pakaian : Pakaian Masa Bekerja (tali leher berwarna merah untuk lelaki)

Objektif program adalah untuk:

  1. Untuk memperkenalkan fungsi PKG sejajar dengan perubahan perkembangan pendidikan
  2. Mempromosikan perkhidmatan PKG
  3. Memperkasakan peranan PKG dalam memberi khidmat sokongan kepada sekolah
  4. Merapatkan hubungan PKG dengan agensi luar
  5. Merapatkan jurang pendidikan

Bersama-sama ini dilampirkan atur cara program serta senarai jemputan untuk program tersebut sebagai rujukan dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kerjasama serta perhatian pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This

Jom Kongsi

Kongsikan ke rakan anda

Shares