Berkaitan dengan Anugerah Pembestarian 2017 satu kategori Video Cybersafe in Schools 2017 telah dibuka kepada semua sekolah.

Pertandinagn ini diadakan dengan kerjasama daripada pihak Cyber Security Malaysia dan Digi Telecommunications yang mana dalam pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat murid dalam menggunakan teknologi dan kemahiran penghasilan bahan berbentuk digital (video) di samping menggalakkan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab dalam kalangan murid.

Murid-murid yang berminat adalah dialu-alukan untuk menyertai pertandingan tersebut seperti butiran berikut :

  1. Kategori :
    1. Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
    2. Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
    3. Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4-6)
  2. Tema : Buli Siber
  3. Tarikh Tutup : 13hb Okt 2017
  4. Durasi Video : Tidak melebihi 3 minit
  5. Bahasa : Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  6. Maklumat Lanjut : http://cybersafeinschools.my/

Sehubungan dengan itu mohon maklumkan pertandingan ini di kalangan para pelajar sekolah tuan/puan dan para pemenang akan diraikan dalam Majlis Teknopen Kebangsaan di BTP Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This