Menarik bukan hadiahnya ? Dalam menyahut era digital pihak KPM telah melancarkan kempen Hour of Code bermula 30 Okt – 12 Nov 2017 dengan hadiah wang tunai RM75K.

Sasaran program ini adalah semua pelajar seluruh Malaysia dan borang boleh diperolehi di laman web KPM mulai hari ini.

Hour of Code merupakan program kesedaran terhadap program pengkodan, pengaturcaraan sains komputer. Program ini selari dengan perlaksanaan KSSR Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru subjek Asas Sains Komputer (ASK).

Langkah Pertama :

  1. Daftar sekolah anda melalui google form di laman web KPM www.moe.gov.my
  2. Muat turun manual perlaksanaan Hour of Code (HOC) dan ikuti dengan teliti panduan yang diberikan.
  3. Setelah selesai muat turun borang perakuan penyertaan di portal KPM lengkapkan dan muat naik Dokumentasi Laporan Aktiviti melalui google form yang disediakan.

Platform Hour of Code

Manual Pelaksanaan

Borang Akuan Penyertan

Laporan dan Dokumentasi

Bantuan :

Encik Victor Lam Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

T: 014-246 2050 E: [email protected]

Puan Nadya Jaafar Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

T: 019-764 4489 E: [email protected]

Pin It on Pinterest

Shares
Share This

Jom Kongsi

Kongsikan ke rakan anda

Shares