Pada 12-14hb Feb 2018 satu bengkel berkaitan dengan VDI Thin Client telah dilaksanakan oleh Unit Pembestarian Sekolah dengan kerjasama BTPN Kelantan.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan khidmat bantu kepada sekolah-sekolah yang terlibat dengan projek VDI Thin Client yang bermasalah dan telah tamat waranty daripada pihak syarikat.

Harapan kami selepas bengkel ini beberapa orang FT dan FA PKG dapat membuat configuration baru kepada server VDI Thin Client dengan bantuan pegawai BTPN Kelantan yang diketuai oleh En Wan Mohd Zaidi dan rakan-rakan selama 3 hari penuh yang mana setiap setup server ini dibuka dan dibersihkan serta memasang OS baru.

Pesanan kami kepada sekolah tolong jaga keadaan server-server ini walaupun rosak kerana peralatan ini sangat sensitif dan agak mahal untuk mendapatkan alat ganti. Keadaan kami terima amat menyedihkan dan sepatutnya tidak berlaku.

Peralatan yang rosak kami harap sekolah-sekolah ini laporkan ke STS supaya kami dapat membantu sekolah ini secepat mungkin.

 

Langgan Berita Kami

Langgan Berita Kami

Terlalu sibuk ? Biar kami bersusah payah emel kepada anda berita kami untuk anda. Masukan emel dan klik langgan ! Mudah bukan ?

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This

Jom Kongsi

Kongsikan ke rakan anda

Shares