Kami ingin menjemput kepada semua sekolah menengah seluruh negeri Selangor pada tahun ini untuk menyertai pertandingan NICTSeD 2018 yang mana kita telah melihat SMK Cyberjaya pada tahun lepas telah merangkul juara NICTSeD 2017.

Walaubagaimanapun antara syarat baru tahun ini sekolah yang telah menang tidak layak menghantar peserta yang sama untuk menyertai NICTSeD tahun seterusnya kecuali kesemua peserta adalah peserta baru.

Dengan ini kami menjemput anda menyertai pra-pendaftaran minat untuk kami bantu dan memberikan tunjuk-ajar tentang bagaimana hendak menjadi wakil kebangsaan bagi negeri Selangor.

Sekolah yang menghantar penyertaan ke Cybersafe NICTSeD untuk peringkat negeri kami akan usahakan sijil penyertaan bagi semua peserta terlibat. Ini adalah sebagai menghargai daya usaha anda peringkat negeri.

Tahun ini wakil yang berjaya akan ke negeri Kelantan dan peringkat Preliminary Round akan diadakan di BTPN Kelantan Pengkalan Chepa dari 19 hingga 27 hb Julai 2018.

Tajuk tahun ini adalah “Create, Connect and Share Respect: A better internet starts with you” dan syarat lain adalah video mesti dalam bahasa Inggeris selama 6 minit dan bilangan peserta adalah 5 orang yang mana 1 peserta tersebut adalah peserta standby jika ada peserta utama jatuh sakit atau kecemasan saat akhir. Kesemua peserta hendaklah direkodkan dalam video 6 minit tadi dan diupload ke dalam youtube.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 April 2018 dan kami masih menunggu site rasmi daripada Cybersafe Malaysia untuk borang rasmi sekolah.

Berminat ayuh lengkapkan borang ini dan tunggu kami hubungi cikgu dengan secepat mungkin.

Contoh video tahun lepas cikgu boleh cari dengan kata carian di youtube “NICTSeD” dan video tersebut elakan dalam bentuk dokumentari atau narrator macam saluran National Geographic kat Astro tu.

Langgan Berita Kami

Langgan Berita Kami

Terlalu sibuk ? Biar kami bersusah payah emel kepada anda berita kami untuk anda. Masukan emel dan klik langgan ! Mudah bukan ?

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This