Rakan usahasama #mydigitalmaker, Petrosains – The Discovery Centre akan menganjurkan pertandingan robotik yang dinamakan “RBTX Challenge” 2018 merangkumi 3 kategori berikut:

Robo Sumo: Terbuka untuk semua
Robo Tracer (line following): Sekolah Rendah (10-12 tahun)
Maze Runner: Pelajar Sekolah Menengah (13-17 tahun)

Juara setiap kategori akan memperolehi hadiah wang tunai RM3000, tempat kedua RM2000 dan tempat ketiga RM1000.

Bengkel-bengkel peringkat zon (Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Johor, Pulau Pinang, Kota Kinabalu) akan diadakan bermula April selama 2 hari yang akan mendedahkan peserta kepada asas robotik, koding dan microcontroller (Arduino) serta menyediakan mereka bagi menyertai pertandingan .

Ianya terbuka kepada peserta-peseta yang telah mendaftar bagi menyertai RBTX Challenge berdasarkan kepada “first come first serve” (tiada bayaran tambahan bagi bengkel ini). Pendaftaran pertandingan hanya RM100. Tarikh tutup registration adalah pada 15 May 2018.

Pertandingan peringkat zon akan diadakan bermula Julai dan pertandingan akhir akan diadakan di Kuala Lumpur didalam bulan Ogos.

Lawat laman web http://www.sciencefestival.my/program.php?title=about-prc bagi mendapatkan maklumat lanjut.

#petrosainsrbtx #arduino #robotics #mydigitalmaker

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This