Sejak dilancarkan pada tahun 2014, 1BestariNet Teacher Awards telah menjadi satu penganugerahan tahunan dan juga penghargaan untuk para pendidik perintis di seluruh Malaysia

Dianjurkan oleh FrogAsia dengan sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia, anugerah ini bertujuan mengiktiraf pendidik perintis dari seluruh negara yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam menggunakan teknologi untuk meningkatkan taraf pembelajaran & pengajaran dalam bilik darjah di seluruh negara

Tahun ini, tema 1BestariNet Teacher Awards ialah “Meraikan Guru yang Menerajui Pendidikan ke Tahap Baharu”. Kami ingin memberikan pengiktirafan kepada guru di seluruh negara yang telah menjadi peneraju dalam memainkan peranan sebagai pendidik yang telah meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran melalui Frog. Kami juga ini memberikan penghargaan kepada guru-guru yang menerajui kepimpinan melalui sokongan yang telah ditunjukkan kepada guru lain dalam perlaksanaan pendidikan abad ke-21 serta dalam perlaksanaan perlbagai inisiatif dalam petadbiran dan aktiviti sekolah.

Pada tahun lepas, seramai 5 orang guru diberi menerima penganugerahan 1BestariNet Teacher Awards. Tiga guru menerima

Anugerah 1BNTA dan dua guru lagi menerima anugerah untuk kategori khas iaitu Guru Inspirasi (Calon dengan undi tertinggi) dan Anugerah Penghargaan Khas. Pemenang Anugerah membawa pulang trofi 1BNTA, sebuah Chromebook, gadget IT dan juga tiket lawatan ke Petrosains.

Cara pencalonan guru adalah seperti berikut di laman web : https://www.1bnteacherawards.com

Untuk tahun ini negeri Selangor telah tercalon dua orang guru iaitu :

MOHAMAD JALIL BIN
MOHAMAD YUNUS DARIPADA SMK JALAN REKO

ABD RAHMAN BIN ALI BASHAH DARIPADA
SMK JENJAROM

Ayuh mari buat undian bagi dua orang tokoh ini bagi mewakili negeri Selangor ke peringkat seterusnya di https://www.1bnteacherawards.com/undianguruinspirasi/

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This