PENGENALAN

Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018 ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Inisiatif #49 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Pengukuhan Pendidikan STEM yang diterajui oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM.

OBJEKTIF

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam industri pembangunan aplikasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi seiring dengan Anjakan ke-7 PPPM 2013-2025, iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan Inisiatif ke-3 Digital Malaysia (DM) yang bercita-cita untuk memastikan bahawa semua belia Malaysia dilengkapi dengan kemahiran digital serta kecekapan yang diperlukan untuk tenaga kerja masa depan menjelang tahun 2020.

PELAKSANAAN

  1. Surat Hebahan
  2. Garis Panduan Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018
  3. Poster Pertandingan

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Mohd Farid bin Mohd Fuad Ooi, Sektor Pembangunan e-Pembelajaran di talian 03-2081 8053

Langgan Berita Kami

Langgan Berita Kami

Terlalu sibuk ? Biar kami bersusah payah emel kepada anda berita kami untuk anda. Masukan emel dan klik langgan ! Mudah bukan ?

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This