Assalamualaikum wbrth dan Salam Sejahtera

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015. Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari masa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada 1 September – 23 November 2018.

Berikut adalah perlaksanaan Digital Competency Score bagi kategori Sekolah Rendah selepas habis UPSR dan peperiksaan berkaitan.

Bilangan responden bagi SR adalah 40 orang pelajar dalam pecahan 2 kelas berbeza tahap kebolehan.

Bagi sekolah IKM yang telah dipilih oleh pihak EPRD sila rujuk responden dalam lampiran yang disertakan kerana bilangan responden adalah berbeza.

Bagi sekolah menengah tuan/puan boleh sambung proses menjawab yang ditangguhkan sebelum ini. Permainan dalam bentuk ujian telah diringkaskan dengan seringan mungkin.

  1. URL Panduan : http://tapirhero.online/
  2. URL Ujian : http://selangor.tapirhero.online/
  3. Tarikh Ujian Fasa 2 : 1 September – 23 November 2018
Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This