Sekolah nak dibuka untuk pendaftaran bukan ? Cikgu mungkin tercari cara termudah untuk mendaftarkan data ibu bapa sebagai contoh sebab ada yang bertanyakan kepada kami bagaimana hendak membuat borang pendaftaran dan QR code untuk tujuan tersebut.

OK mudah sahaja ikut sahaja langkah berikut. Buka akaun google tak kisah akaun mana-mana sekolah ada .. kalau nak mudah guna sahaja akaun VLE Frog kerana pihak yes telah mengintegrasikan akaun google di dalam akaun yes guru sekolah

OK google akan buka satu page baru dimana cikgu boleh masukan maklumat yang hendak di isi oleh pihak berkenaan dan kemudian dapatkan URL borang tersebut untuk di uji sebelum dijadikan QR Code.

Contoh borang berkenaan telah dilengkapkan dan klik butang send untuk pilihan bagaimana hendak digunakan nanti

Pastikan cikgu klik icon link dan shorten URL untuk pendekan pintasan URL yang akan digunakan nanti. Seterusnya copy URL tersebut dan cuba paste di tab lain untuk menguji borang tersebut. Isi dan hantar dan lihat sama ada data direkodkan atau tidak (saya tak tunjuk … cuba sendiri ya ). Jika berjaya kita akan generate QR Code pula.

Pergi ke laman web ini www.qrcode-monkey.com dan masukan URL borang tadi

Ikut langkah di atas paste dalam ruangan Your URL dan Klik Create QR Code dan seterusnya download PNG untuk gambar QR Code yang akan digunakan nanti. Cetak dan tampal di mana-mana cikgu nak gunakan nanti. Pastikan gambar QR code ini besar dan jelas supaya mudah di scan pengguna nanti.

Pengemis pun dah advanced .. derma pakai wechat pay

QR code bukan sahaja untuk scan URL sahaja, boleh gunakan untuk tujuan pembayaran, wifi hotspot, GPS dan sebagainya.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This