Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Sepang 2019

Program galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah telah pun dilaksanakan semenjak tahun 1999 lagi. Ia adalah usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu. Program yang dimaksudkan adalah program NILAM. NILAM membawa maksud ‘ Nadi Ilmu Amalan Membaca ‘. Ia mencakupi semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah yang melibatkan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun yang diakhiri dengan pengiktirafan yang bersesuaian.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1999 bagi murid tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan di sekolah menengah, iaitu melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Pejabat Pendidikan Daerah Sepang bersama-sama PKG Daerah Sepang telah mengambil inisiatif dalam menggerakkan program galakan membaca ini dengan melancarkan Hari NILAM Selangor (HaNIS) di peringkat Daerah Sepang. Majlis Pelancaran serentak di 52 buah sekolah di daerah Sepang telah disempurnakan oleh Tn Haji Arbain Bin Pinni, Ketua Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Majlis pelancaran telah dilancar di Sk Taman Putra Perdana pada 4 Mac 2019. Majlis Pelancaran turut disertai oleh Pn Hjh Siti Aishah Bt Aziz Penolong PPD Bahasa dan Pn Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali Guru Besar SK Taman Putra Perdana.
Dalam ucapan perasmian, tuan KPPD berharap agar pelaksanaan NILAM juga perlu diintegrasikan dengan budaya dan amalan harian di sekolah dan tidak dianggap sebagai satu aktiviti tambahan yang membebankan. Dalam suasana yang mementingkan pencapaian akademik, adalah perlu ditegaskan dan dibuktikan bahawa kemahiran membaca boleh membawa kepada kemahiran belajar dan kemahiran mencari maklumat. Ini bagi memudahkan pemupukan budaya membaca dan pencapaian objektif NILAM. Sesungguhnya amalan membaca boleh membentuk masyarakat menjadi golongan yang aktif dan padu dari aspek personaliti dan rohani serta maju dan matang dari sudut mental dan fizikal.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This