Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor akan melaksanakan Anugerah Pembestarian Sekolah 2019 (APS 2019) Peringkat Negeri 2019. APS 2019 memberi peluang kepada sekolah, guru dan murid untuk mendapat pengiktirafan atas kecemerlangan dan kejayaan dalam pelaksanaan aktiviti Pembestarian Sekolah, selari dengan Anjakan 7 iaitu Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi output kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

BTPN merupakan urusetia pertandingan Anugerah Pembestarian Sekolah diperingkat negeri. Sebarang pertanyaan berkaitan APS 2019 ini boleh diajukan kepada Encik Sahrun Nizam bin Munjir ditalian 03-5548 4477

Berikut adalah senarai anugerah yang dipertandingkan dan akan dinilai pada tahun ini.

  1. Pengurusan Makmal Komputer Sekolah Cemerlang SM
  2. Pengurusan Makmal Komputer Sekolah Cemerlang SR
  3. Ikon Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT
  4. Ikon Guru Teknologi Pendidikan
  5. Pemimpin TMK Cemerlang
  6. Portal Sekolah Cemerlang
  7. Pusat Akses Cemerlang SM
  8. Pusat Akses Cemerlang SR
  9. Pengurusan PSS Cemerlang SM
  10. Pengurusan PSS Cemerlang SR
  11. Pengurusan PSS Cemerlang SKM
  12. Ikon GPM
  13. Amalan Cemerlang Penggunaan Frog VLE Murid SM
  14. Amalan Cemerlang Penggunaan Frog VLE Murid SR
  15. Amalan Cemerlang Penggunaan Frog VLE Guru SM
  16. Amalan Cemerlang Penggunaan Frog VLE Guru SR
  17. Klip Video CyberSAFE in School Cemerlang SM
  18. Klip Video CAKNA Cemerlang SM
  19. Penggunaan Frog VLE (VSAT) Cemerlang
  20. Penggunaan Frog VLE (ADSL) Cemerlang
  21. Penggunaan Frog VLE (OCPE) Cemerlang
  22. Penggunaan Frog VLE (ZOOM) Cemerlang
  23. Penggunaan Frog VLE (FTTS) Cemerlang
  24. Pencapaian SSQS Terbaik SM
  25. Pencapaian SSQS Terbaik SR
  26. Digital Story Telling Animation Terbaik SM
  27. Digital Story Telling Animation Terbaik SR
  28. PKG Terbaik Penggunaan Frog VLE
  29. PPD Terbaik Penggunaan Frog VLE
  30. PKG Pengurusan Terbaik
  31. JKPA PKG Terbaik
  32. Anugerah Khas Pembestarian PPD Terbaik
  33. Anugerah Khas Pembestarian PKG Terbaik

Pencalonan adalah melalui pencalonan PPD daerah masing-masing.

Ada sesetengah anugerah tak perlu pencalonan memandangkan pihak urusetia boleh membuat penilaian berdasarkan maklumat yang telah kami terima melalui data KPM dan penglibatan sedia ada pada tahun ini.

Langgan Berita Kami

Langgan Berita Kami

Terlalu sibuk ? Biar kami bersusah payah emel kepada anda berita kami untuk anda. Masukan emel dan klik langgan ! Mudah bukan ?

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This