Pada 8-10hb Julai 2019 satu Bengkel Khidmat Bantu ICT telah diadakan melibatkan 8 orang peserta untuk memulihkan rangkaian ISP baru interim Unifi dan EgNet.

Pihak BTPN Selangor telah menjemput En Shaharudin bin Ahmad daripada SK Bandar Batu Pahat, Johor dan En Mohd Fairuz Afif bin Mohd Isa daripada SK Pokok Tai, Kedah untuk bengkel ini yang diadakan di BTPN Selangor.

Masalah kami timbul apabila talian YES 1BestariNet ditamatkan dan akses ke talian EGnet tidak disekalikan dengan talian interim baru Unifi. Unit kewangan terpaksa diasingkan daripada talian sedia ada untuk akses ke portal kementerian.

Maka satu solution telah diambil untuk memulihkan kembali talian dengan memasang firewall baru dengan menggunakan open source pfSense sebagai alat routing dan dinding api di BTPN Selangor.

Alatan mudah di mana kami telah menggunakan peralatan sedia ada di sekolah dan boleh juga menggunakan server lama bagi tujuan tersebut dan bagi tujuan ini kami telah menggunakan PEPLINK Mediafast 300 yang telah datang bersama chromebook lab sebagai alatan sedia ada memandangkan ada sekolah telah bypass terus ke AP (mungkin ada yang rosak)

Tutorial sila rujuk dibawah keredit kepada En Shaharudin dan En Fairuz

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This