Setiap yang baru akan jadi lama bukan ? Yang muda akan jadi tua bukan ? Begitulah dengan dengan perlaksanaan projek pembekalan peralatan ICT yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah tuan.

Berikut dinyatakan beberapa projek yang telah tamat waranti untuk makluman pihak sekolah dan bagaimana hendak melaporkan kerosakan memandangkan vendor yang dipertanggung-jawabkan telah habis tempoh kontrak mereka.

  1. Makmal Komputer HP Multi-Seat (tamat 31hb Disember 2016)
  2. Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook (tamat Jun-Dis 2016)
  3. Makmal Komputer Thin Client (tamat 28 Oktober 2016)

Oleh kerana projek-projek ini telah tamat maka proses waranty diletakan dibawah sistem STS. Cikgu perlu melaporkan mengikut prosedur biasa bukan terus melalui vendor-vendor tersebut.

  Borang PPP (96.0 KiB, 2,639 hits)

  Borang SSPK (17.3 KiB, 2,704 hits)

  Borang KEW.PA 2 (90.8 KiB, 11,126 hits)

  Borang KEW.PA 14 (131.6 KiB, 11,576 hits)

  Borang KEW.PA 9 (41.7 KiB, 2,605 hits)

Berkaitan dengan makmal VDI Thin Client pada awal tahun ini kami telah pergi ke sekolah-sekolah yang terlibat dan mendapati banyak masalah dan perlu tindakan segera.

Ini gambar di SJKT Kampung Baru yang mana memang mengalami kerosakan network switch.

Ini pula keadaan di SJKT Ladang Nigel Gardner yang mana mengalami masalah OS dan Power Supply.

Ini SJKT Ladang Brafferton yang rosak Hardisk

Semua sekolah ini kami cadangkan peminjaman set Netbook daripada PKG demi kelangsungan P&P di sekolah supaya tidak terjejas.

Makluman semasa kami pergi ke sekolah-sekolah yang menggunakan VSAT ini kami telah membuat pengujian Speedtest ISP yang ada di kawasan tersebut. Walaupun dalam kawasan ladang ada ISP yang mempunyai liputan yang baik contohnya di sebuah sekolah yang telah kami lawati.

Cikgu emelkan pengujian mana-mana ISP dan yang terbaik keputusan speednya dan emelkan kepada kami di [email protected] atau maklumkan ke PKG terhampir untuk kami kemukakan permohonan untuk melanggan ISP tersebut ke pihak PMO.

 

 

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This