Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor akan melaksanakan edaran dan agihan Netbook 1Malaysia bagi tahun 2017 dengan konsep pinjaman. Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tatacara agihan tersebut akan dimaklumkan semasa sesi taklimat. Program akan diadakan seperti ketetapan berikut:

  1. Tarikh : 02 Mac 2017 (Khamis)
  2. Masa : 8.30 pagi
  3. Tempat : Bilik Merpati, BTPN Selangor.
  4. Kehadiran : Wajib

Mohon bawa kenderaan bersesuaian .. bukan motosikal harapnya
Sila bawa kenderaan yang bersesuaian untuk membawa jumlah Netbook 1Malaysia seperti dalam lampiran. Jangan lupa bawa bersama cap sekolah untuk urusan pengesahan penerimaan.

Bersama ini dilampirkan senarai sekolah dan bilangan yang akan menerima pinjaman Netbook 1Malaysia. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berkaitan perkara tersebut, sila hubungi En Munir Bin Mat Yaub, Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor di talian 03-55484477.

Sekian, terima kasih

29.05.2012 Jornada de jóvenes y adultos mayores en Lugano” by ANSESGOB is licensed under CC BY-SA

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This