Tahniah kepada SMK Cyberjaya kerana berjaya ke pusingan terakhir pertandingan National ICT Security Discourse 2017 yang mana mereka akan bertemu dengan SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2017 nanti.

SMK Cyberjaya

Peringkat awal pertandingan ini telah di adakan di BTPN Kedah bermula 4-9hb Ogos 2017 selama lima hari yang mana menguji pengetahuan dan mental para peserta sehingga saat akhir.

Sebanyak 16 buah sekolah telah dipilih berdasarkan penyertaan yang dihantar ke pihak Cybersafe semasa penyertaan dibuka.

Harapan kami lebih banyak penyertaan daripada sekolah-sekolah negeri Selangor di masa hadapan dan pada masa yang sama menyebarkan kesedaran di kalangan warga sekolah berkaitan dengan Cybersafe in Schools.

SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara

Tahniah juga kepada wakil Selangor iaitu SMK Seskyen 4, Bandar Kinrara yang juga mewakili Selangor sehingga peringkat suku akhir.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This