Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang Anugerah Pembestarian Sekolah 2018 semalam yang telah diadakan di dewan Auditorium BTP dan telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee bin Malik pada 16 Oktober 2018.

Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pengiktirafan dan penghargaan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia kepada murid-murid, guru-guru dan sekolah-sekolah yang telah menjayakan inovasi dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah serta pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Program ini bertujuan menyediakan kerangka asas peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran sekolah (PdT) dan mengayakan hasil pembelajaran murid melalui penggunaan ICT. Ini adalah kerana ICT berpotensi besar, memacu dan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan potensi murid menguasai kemahiran abad ke-21 serta melahirkan murid yang dinamik, fleksibel dan adaptif dalam menghadapi apa juga situasi serta berjaya mendepani cabaran kehidupan di era Revolusi Industri ke-4 (IR 4.0).

Gambar HD sila download di sini

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This