Seperti sebelum ini pihak BTPN Selangor terutama Unit Pembestarian Sekolah akan menganjurkan bengkel berkaitan Cybersafe in Schools kepada guru-guru yang berminat menyertai pertandingan NICTSED 2019 dan CAKNA 2019 yang mana pusingan separuh akhir kali ini akan berlangsung di negeri Pahang.

Tahun lepas NICTSED dan CAKNA telah diadakan di negeri Kelantan tapi kita kurang bernasib baik kerana hanya layak pada pusingan awal sahaja.

 

Apa itu NICTSED ?

NICTSeD or National ICT Security Discourse is the Malaysia’s first national cyber security school discourse initiated and organized by CyberSecurity Malaysia, in collaboration with the Ministry of Education (MOE) Malaysia and the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) Malaysia. Since its inception in 2013, the program has successfully achieved its goal as a method of disseminating knowledge on cyber security in a way that would be interesting for students and teachers.

The main objective of this program is to encourage the creative and critical thinking of its participants on the current internet and technological issues being discussed on a global scale and how online risk and challenges can be overcome, and in the process teachers and students thus become smart and ethical internet users.

dan apa itu CAKNA ?

Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2018 buat pertama kalinya telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pertandingan ini menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar.

Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2018 bertujuan untuk mendidik serta mempertingkat kesedaran orang ramai khususnya murid-murid mengenai isu-isu teknologi dan sosial yang dihadapi oleh para pengguna internet, terutamanya mengenai bahaya semasa berada atas talian.

Objektif Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2018 adalah seperti berikut:

  • Memupuk dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritikal mengenai isu-isu semasa berkaitan ICT, keselamatan siber dan penggunaan Internet secara positif
  • Menggalakkan keyakinan diri melalui pengucapan awam (public speaking), dan kemahiran interpersonal
  • Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS)
  • Merapatkan jurang murid antara bandar dan luar bandar dalam konteks keselamatan siber

Kepada yang betul-betul berminat untuk menghantar pasukan NICTSED (4 orang pelajar dan penilaian awal berdasarkan video) dan CAKNA (seorang pelajar dan penialaian awal juga berdasarkan video) kami menjemput guru pengiring yang berminat untuk menyertai bengkel Cybersafe in Schools yang mana kita akan menyentuh topik-topik yang berkaitan dan pada tahun ini teknik video yang mudah untuk para peserta akan gunakan nanti.

Berminat ? sila lengkapkan maklumat anda di sini dan cadangan tarikh bengkel adalah 13-15hb Feb 2019.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This