WORLD #QURANHOUR : DUNIA BERBUDI DAN PENYAYANG PADA 25 Ramadan 1440H/ 30 Mei 2019

#QuranHour merupakan sebuah kempen berimpak tinggi yang diinisiatifkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF)bertujuan menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan al-Quran melalui Baca, Faham dan Amal. Ia adalah sebuah usaha menjadikan nilai-nilai mulia daripada al-Quran membentuk jiwa berbudi dan penyayang sehingga menjadi cara hidup seharian setiap insan. Kempen ini merupakan suatu inspirasi agar manusia mampu  melonjakkan potensi diri berlandaskan kerangka fikir al-Quran.

World #QuranHour pada 25 Ramadan 1440H bersamaan 30 Mei 2019 dengan tema Solusi Cabaran Sejagat” daripada Surah Al Kahfi pada tahun ini; adalah kempen membentuk landasan solidariti Ummah seluruh dunia di bawah naungan al-Quran dengan mengambil semangat dan keberkatan 10 hari terakhir Ramadan. Ia adalah usaha membentuk komitmen untuk melakukan transformasi diri ke arah yang lebih baik . 

Penghayatan surah ini dihasratkan memberi persediaan dari perspektif fizikal, emosional, intelek dan spiritual dalam konteks Qurani kepada masyarakat dalam menangani dunia era VUCA (Volatile, Uncertainty, Complexity, Ambiguity). 

Kefahaman dari Surah Al-Kahfi InshaAllah menjadi benteng dan landasan agar Ummah berupaya mengemudi kehidupan mengikut panduan al-Quran dari kerangka digariskan oleh Allah S.W.T.

World #QuranHour menjadi asas penyatuan ummah tanpa mengambil kira perbezaan kedudukan, latarbelakang, ideologi, fahaman politik, ras etnik  mahupun agama; pemimpin mahupun rakyat. Sebaliknya al-Quran, adalah titik temu kebangkitan dan penyatuan Ummah hingga lahirnya sebuah dunia yang Rahmah, Berbudi dan Penyayang.


HARAMAIN #QURANHOUR
UMMAH BERBUDI & PENYAYANG
9 Zulhijjah 1440 H/ 10 Ogos 2019

Haramain #QuranHour yang diadakan pada 9 Zulhijjah di Makah setiap tahun, pada tahun ini InshaAllah bersamaan dengan 10 Ogos 2019 dengan tema “Solusi Cabaran Ummah”; mengambil semangat Wuquf, pengukuhan dan penyerahan jiwa seorang hamba kepada Penciptanya.

Penghayatan para jemaah haji terhadap isi kandungan Surah Al-Kahfi di Haramain adalah signifikan kepada transformasi diri yang akan membawa kepada perubahan kerangka fikir secara total sekembalinya tetamu-tetamu Allah ke negara masing-masing. 

Haramain#QuranHour
 menjadi sebuah lapangan pendidikan al-Quran melahirkan pelan tindakan yang membentuk sistem operasi al-Quran yang diaplikasikan dalam amalan seharian serta mampu dimanfaatkan oleh seluruh umat manusia. Para Hujaj diajak memperkasakan peranannya sebagai ejen perubahan yang menjadi aset keluarga dan negara sebaik pulang ke tanahair.

MALAYSIA #QURANHOUR
UMMAH BERBUDI & PENYAYANG
29 Zulhijah 1440 H/ 30 Ogos 2019

Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos 2019 dengan tema “Solusi Cabaran Negara” daripada Surah Al-Kahfi, merupakan ajakan agar seluruh masyarakat memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan sebuah negara yang aman, utuh dan progresif, melalui intervensi yang diformulasikan dari prinsip-prinsip al-Quran.

Model dari kandungan al-Quran yang dirujuk daripada Surah Al-Kahfi menjadi rujukan kepada isu pembangunan dan kaedah menangani cabaran VUCA di era globalisasi. Panduan al-Quran berupaya memaknai kemerdekaan jiwa yang sebenar serta membentuk kitaran sosial yang sihat, aman, harmoni, bertolak ansur, bebas dari sebarang bentuk gejala negatif yang mampu menggugat pembangunan diri dan negara.

Penghayatan isi al-Quran berusaha digarap sepenuhnya dalam usaha mengangkat potensi dan kecemerlangan sebenar yang boleh dilahirkan oleh setiap individu. Dengan memahami dan berinteraksi dengan al-Quran selama sekurang-kurangnya 1 jam sehari selama 365 hari setahun, al-Quran menjadi sumber bimbingan utama dan rujukan untuk meningkatkan jatidiri secara holistik dari aspek fizikal, emosi, spiritual, intelektual dan sosial. Hasil kekuatan dalaman yang terbina inilah akan wujud individu yang merdeka jiwanya dan berupaya melonjak sebuah tamadun bangsa dan negara.


STATE #QURANHOUR
31 Disember 2019

State #QuranHour pula bakal diadakan sempena Tahun Baharu pada 31 Disember setiap tahun agar pengisian Tahun Baharu ini berlandaskan agenda al-Quran. Dilaksanakan dengan hasrat memberi halatuju kepada setiap individu agar meneruskan islah memperbaiki diri dengan azam yang benar seperti yang dipandu oleh al-Quran.


MY FAMILY #QURANHOUR
#SAVINGFAMILIES
Sepanjang tahun

My Family #QuranHour adalah nadi kepada keseluruhan kempen yang dilaksanakan oleh WUIF.  Cabaran dunia tanpa sempadan, terhakisnya nilai kasih sayang serta toleransi dan tergugatnya keharmonian menjadikan kempen ini sebuah agenda penting dalam memperkukuhkan kembali institusi keluarga. My Family #QuranHour adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, satu ajakan untuk ‘Masuk Syurga Sekeluarga’ dengan definasikan peranan ayah, ibu, anak-anak dan datuk serta nenek mengikut acuan al-Quran.

Justeru, #savingfamilies merupakan perjuangan membina legasi 100 tahun dengan hasrat membentuk penyatuan ummah di bawah panji-panji al-Quran melalui pengukuhan hubungan kekeluargaan yang dilakukan dengan koloborasi bersama seluruh pihak berkepentingan termasuk organisasi korporat, sektor awam dan swasta, badan kerajaan dan bukan kerajaan, institusi pengajian, orang awam serta individu. 

Gabungan strategik yang diwujudkan membentuk suatu rangkaian kerjasama kesemua pihak dengan mengambil kaedah teknologi komunikasi dan interaksi sosial yang digariskan oleh al-Quran sebagai panduan.

MY #QURANHOUR
JIWA BERBUDI & PENYAYANG
365 hari setahun

Kempen ini adalah untuk menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan al-Quran sekurang-kurangnya 1 jam sehari selama 365 hari. Ini akan membentuk kerangka fikir al-Quran dan sistem operasi al-Quran dalam jiwa yang secara tidak langsung akan melahirkan akhlak al-Quran.

Penghayatan isi al-Quran berusaha digarap sepenuhnya dalam usaha mengangkat potensi dan kecemerlangan sebenar yang boleh dilahirkan oleh setiap individu melalui model Quran Tadabbur dan Tazakkur – HTE 114
Ia digarap sepenuhnya daripada al-Quran dan As-Sunnah. Dengan memahami dan berinteraksi dengan al-Quran selama sekurang-kurangnya 1 jam sehari selama 365 harisetahun, al-Quran menjadi sumber bimbingan utama dan rujukan untuk meningkatkan jatidiri secara holistik dari aspek fizikal, emosi, spiritual, intelektual dan sosial.

Setiap langkah pengurusan cabaran yang adapatasi sepenuhnya berdasarkan Kempen #QuranHour ini telah disambut dengan wujudnya lebih 1300 Rumah Ngaji di seluruh negara yang ditubuhkan bermula tahun 2013. Rumah Ngaji menyediakan platform mendidik dan mengajak ummah bersama-sama membaca dan memahami al-Quran dalam suasana pembelajaran al-Quran secara percuma dan konsisten.

Menjelang 2022 WUIF mensasarkan peningkatan kalangan rakan sinergi, pertambahan Rumah Ngaji di dalam dan luar negara, pemantapan polisi organisasi-organisasi berteraskan al-Quran, pemerkasaan jurulatih dan pendidik al-Quran, pengukuhan dana pembangunan al-Quran, serta meningkatnya jumlah “family champion” yang dibentuk dari model pendidikan al-Quran. Sahabah al-Quran yang akan terus membawa misi dan visi yang sama menyumbang tenaga, idea dan kepakaran dalam menggerakkan kempen ini dengan niat #BuatKeranaAllah.

Layari web Quran Hour di sini

Pin It on Pinterest

Shares
Share This