Digital COmpetency STANDARDs

PANDUAN RINGKAS
Start

pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian
murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. Untuk tahun ini perlaksanaan dilaksanakan dalam dua peringkat kumpulan iaitu : Kumpulan 1 : Sekolah Menengah (1hb Julai – 30hb Ogos 2019)

  1. Murid Tingkatan 3 (40 orang)
  2. Murid Tingkatan 5 (40 orang)
Kumpulan 2 : Sekolah Rendah (15hb JulaiSeptember – 22 November 2019)
  1. Murid Tahun 6

LANGKAH 1

Log masuk sistem DCS dengan pergi ke URL berikut : dcs.moe.edu.my. Masukan KODSEKOLAH sebagai ID dan Kata Laluan. Contoh dibawah

LANGKAH 2

Satu paparan dashboard sekolah akan keluar. Klik Teacher Management untuk mendaftar guru kelas terlibat  

Langkah 3

Klik dan buat ID guru terlibat mengikut kelas dan satu ID dan Password akan dijana. Salin dan berikan kepada guru terlibat untuk log masuk

Langkah 5

Selepas berjaya masuk satu paparan dashboard untuk guru dipaparkan klik pada menu Student Management untuk membuat kelas yang diperlukan mengikut jenis sekolah cikgu. Sekolah Menengah
  1. Tingkatan 3 ialah 40 orang
  2. Tingkatan 5 ialah 40 orang
Sekolah Rendah 
  1. Darjah 6 40 orang
Bagi SKM yang kurang 40 orang sila lengkap setakat mana ada bagi setiap kumpulan sasaran.  

Langkah 4

Selepas menggunakan ID yang dijana cikgu akan diminta memasukan no IC sebagai ID dan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan

Langkah 6

Cipta kelas dan isikan kelas tersebut dengan nama pelajar yang terlibat. Cikgu boleh gunakan butang manual untuk cipta pelajar atau memuat naik fail CSV MS Excell mengikut contoh format yang disediakan.  

Langkah 7

Pelajar akan menggunakan no IC atau MyKid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan dan menjawab permainan DCS sehingga habis 20 peringkat. Sijil akan dijana secara automatik dan mohon cikgu muat-turun sijil-sijil yang diperolehi sebagai rekod pelajar terlibat.

 

Tahniah !

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This