Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.

Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.Sukacitanya dimaklumkan bahawa Malaysia telah dipelawa untuk menghantar tiga kumpulan yang terdiri daripada 1 guru dan 2 murid untuk menyertai pertandingan The 9th e-ICON World Contest [e-learning International Contest of Outstanding New Ages] yang akan diadakan di Busan, Republik Korea pada ‪18 – 24‬ Ogos 2019. Dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Institute of APEC Collaborative Education (IACE), murid-murid akan membina aplikasi pendidikan yang bertemakan Educational Mobile App contributing to Inclusive and Sustainable Growth.

Sehubungan itu, jasa baik dan kerjasama tuan / puan diharapkan untuk memanjangkan perkara ini kepada sekolah-sekolah menengah dan kolej vokasional yang berminat untuk menyertai Pertandingan tersebut. Sekolah-sekolah ini dikehendaki menghantar satu penulisan dan persembahan dalam bentuk video dalam Bahasa Inggeris berkaitan aplikasi pendidikan yang telah dibina (berdurasi tidak melebihi 3 minit) untuk dipilih menyertai pertandingan e-ICON 2019 melalui pautan

http://gg.gg/e-icon2019-penyertaan

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati melalui pautan

http://gg.gg/e-icon2019

  1. Semua penyertaan hendaklah sampai kepada urus setia selewat-lewatnya pada 27 Jun 2019 (Khamis) bagi tujuan pemilihan.
  2. Sila hubungi Fadzliaton binti Zainudin di ‪03-2081 8011‬ / ‪019 2769773‬ / [email protected] sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini.
  3. Segala sokongan dan kerjasama tuan / puan dalam menjayakan pertandingan e-ICON 2019 amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This