Satu bengkel Outreach SSQS bagi tahun 2019 untuk sekolah-sekolah negeri Selangor telah diadakan pada 26hb dan 5-6hb Julai 2019 bertempat di PKG Pelabuhan Klang dan BTPN Selangor.

Fokus kami adalah kepada sekolah-sekolah yang mencapai tahap 3 bintang khususnya daerah Pelabuhan Klang dan Petaling.

Pada dapatan kami sekolah-sekolah ini telah mencapai tahap bestari dan berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi di masa hadapan.

Dalam bengkel ini selain strategi menjawab turut didedahkan program terkini pembestarian sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan walaupun kami akan dibubarkan kelak.

Selain daripada itu para peserta didedahkan juga dengan aplikasi Digital Classroom seperti Plickers, Kahoot, Zipgrade dan Flipgrid serta tak lupa keselamatan siber untuk dibawa balik dan dikongsi dengan guru-guru di sekolah.

Tahniah dan sampai jumpa lagi di masa hadapan memandangkan ini bengkel terakhir kami.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This