Sukacita dimaklumkan tuan adalah diundang bagi menghadiri Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Selangor 2019 seperti ketetapan berikut:

  1. Tarikh : 12 November 2019 (Selasa)
  2. Masa : 8.30 pagi
  3. Tempat : Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara
  4. Perasmi : Ybrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia – Sektor Operasi Sekolah)

Sehubungan itu, tuan diminta untuk membuat maklum balas pada pautan berikut https://aps2019.btpnsel.edu.my sebelum atau pada 31 Oktober 2019 (Khamis). Selepas maklum balas dihantar, pihak tuan akan menerima satu emel pengesahan kehadiran dan sila cetak tiket kehadiran untuk dibawa semasa majlis. Bersama-sama ini dilampirkan surat jemputan (kehadiran merujuk kepada lampiran nama yang disediakan), aturcara majlis dan pelan parkir untuk perhatian dan tindakan tuan.

Sebarang permasalahan, tuan boleh menghubungi En Mohd Yusnaidi bin Mohd Riffin, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2019 di talian 03-5548 4477 sambungan 333. Kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This