SHAH ALAM – Empat pelajar terbaik telah dinobatkan sebagai Johan Tokoh Nilam Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) pada Anugerah Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) Negeri Selangor 2019, 10 Oktober lalu.

Diadakan di Dewan Besar, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong, empat pelajar tersebut adalah Muhammad ‘Ulwan Faqeh Sahrul , kategori Sekolah Rendah BM (SK Saujana Utama): Muhammad Afiq Syahmi Ahmad Shahran, kategori Sekolah Rendah BI (SK Saujana Utama); Khairul Nur Ayuni Rodzan Khairull, kategori Sekolah Menengah BM (Sekolah Seri Puteri) dan Nur Aisya Najiha Roslan, kategori Sekolah Menengah BI (SBPI Gombak).

Muhammad Afiq Syahmi dan Nur Aisya Najiha turut menerima Anugerah Khas kategori Sekolah Rendah dan Menengah.

Ketika ditemui GPS Bestari, Muhammad Afiq Syahmi berkata, dia sangat terkejut bila diumumkan sebagai penerima Johan Tokoh Nilam dan Anugerah Khas.

“Tak sangka dapat dua anugerah besar hari ini. Ini adalah pencapaian yang tertinggi saya setakat ini,” kata murid Tahun Lima itu.

Pelajar Tingkatan Empat, Nur Aisya Najiha pula memberitahu, kejayaan pada hari ini, adalah kerjasama daripada semua pihak.

“Pengetua Cemerlang SBPI Gombak, Noor Hayati Yusof, Guru Pusat Sumber Sekolah, Fenty Khosny dan Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, Shariah Md Ismail, adalah antara guru yang banyak membantu saya dalam dunia pembacaaan.

“Doakan saya agar terus menjadikan membaca ini sebagai minat paling utama sampai bila-bila,” katanya yang sudah membaca lebih 500 buku pelbagai genre, tahun ini.

Muhammad Afiq Syahmi dan Nur Aisya Najiha serta dua Tokoh Nilam Selangor 2019 lain, akan bertanding ke peringkat kebangsaan tahun hadapan.

Seramai 39 peserta akhir tercalon bagi empat kategori yang dipertandingkan pada Anugerah Nilam Negeri Selangor 2019, baru-baru ini.

Majlis anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPNS) itu dirasmikan Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Muhamad Radzi Abdullah.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, BTPNS, Nik Asma Nik Ahmad, Guru Besar SK Bukit Jelutong, Zainuddin Abdul Halim dan Pustakawan, Ketua Bahagian Gerakan Membaca, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Norkhairul Nizam M. Sadon. – Kredit berita Karangkraf GPS Bestari

Keputusan KEM NILAM Negeri Selangor 2019 :

Kategori Sekolah Rendah Bahasa Melayu

  1. Johan – Muhammad ‘Ulwan Faqeh Sahrul (SK Saujana Utama)
  2. Naib Johan – Muhammad Adib Fahim Muhammad Azli (SK Taman Selasih)
  3. Ketiga – Nur Irdina Sofia Mohd Asri (SK Bandar Seri Putra)
  4. Saguhati – Nurul Syauqina Mohd Hanapi (SK Rantau Panjang)
  5. Saguhati – Nurul Ain Nadhira Mohd Ridzuan (SK Bandar Anggerik)

Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris

  1. Johan – Muhammad Afiq Syahmi Ahmad Shahran (SK Saujana Utama)
  2. Naib Johan – Jayden Ritesh (SK Bukit Rimau)
  3. Ketiga – Kaartic Mahendran (SJK(T) Kajang)
  4. Saguhati – Reyza Khan Fariq Azad (SK Damansara Utama)
  5. Saguhati – Aireen Yasmeen Effendy (SK Cyberjaya)

Kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu

  1. Johan – Khairul Nur Ayuni Rodzan Khairull (Sekolah Seri Puteri)
  2. Naib Johan – M. Shah Azim Mohd Shah Rizan (SMK ACS (L) Methodist)
  3. Ketiga – Aisyah Humairaa’ Mukahmad Saifuddin (SBPI Sabak Bernam)
  4. Saguhati – Quah Jia Tian (SMK Bandar Baru Ampang)
  5. Saguhati – Fathul Klhuzairi Mohd Fuad (SMK Seri Serdang)

Kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris

  1. Johan – Nur Aisya Najiha Roslan (SBPI Gombak)
  2. Naib Johan – Ahmad Aiman Azmi (KISAS)
  3. Ketiga – Andrea Chow Yinh Jia (SMK Tropicana)
  4. Saguhati – Muhammad Nafiz Wazami Mohd Noor Hisham (SMK Cyberjaya)
  5. Saguhati – Kalpana Devi A/P Ratnam (SMK Banting)

Muat-turun gambar Anugerah Nilam 2019 di sini.

Langgan Berita Kami

Langgan Berita Kami

Terlalu sibuk ? Biar kami bersusah payah emel kepada anda berita kami untuk anda. Masukan emel dan klik langgan ! Mudah bukan ?

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This