Buka sekolah pelbagai perkara cikgu kena uruskan daripada buat borang itu ini ada juga notis dan memo sekolah perlu diedarkan ke warga sekolah dan ibu bapa.

Stress bukan

Kekadang memo yang dihantar dalam bentuk hardcopy nak kena scan dulu dan tukarkan ke dalam bentuk digital .. scaner pulak besar bagak dan kalau snap dengan camera telefon tangan pulak ketar dan tak jelas. Aduh.

Dengan perkembangan terkini ada pelbagai aplikasi yang boleh scan masalahnya yang betul-betul baik berbayar malah ada tercemar dengan perisian hasad contohnya Camscanner yang ada malware yang boleh mencuri maklumat pengguna.

Ini dah bagus

Kami nak sentuh aplikasi daripada Google iaitu Google Drive .. ya semua cikgu dah dapat bukan ID Google daripada Digital Learning KPM malah kalau pengguna Android aplikasi ini dah didatangkan sekali terpasang.

Pengguna IOS boleh lah download percuma dan Android memang dah ada terpasang

Eh bukan aplikasi Google Drive nie hanya untuk cloud stroge atau simpanan awan ? Ya tapi adakah kita semua tahu Google Drive ada fungsi scan ?

Bentuk biasa Google Drive bila dibuka .. cuba klik butang + yang berwarna atas icon files

Untuk scan anda boleh gunakan fungsi scan terbina di dalam Google Drive dan bergantung kepada aplikasi kamera terbina dalam .. mudah bukan ?

Nampak tak ada 6 menu bila anda menekan butang + ? Pilih menu ketiga iaitu “Scan”

Google Drive kali pertama mungkin akan meminta kebenaran akses kamera dan album dan sila benarkan dan selepas itu kita boleh gunakan terus untuk upload.

Letakan kertas yang hendak di scan atas permukaan rata dan pencahayaan yang cukup .. kalau gelap boleh klik ikon flash untuk fungsi pencahayaan tambahan.

Tak perlu risau border yang terlebih aplikasi Google Drive akan memotong lebihan dan pastikan kertas dan latar belakang adalah berbeza warna.

Contoh gambar ditangkap anda boleh ulang dengan butang Retry jika masih tak berpuas hati. Klik OK kalau jelas
Nampak magik di sini .. latar belakang telah dicrop secara automatik .. jika perlukan tambahan muka surat klik ikon + dan jika satu sahaja klik tanda ok dan jika dokument tu terbalik klik ikon rotate untuk betulkan kedudukan.
Ini contoh page 2 dan anda dapat lihat bilangan muka surat 2/2 yang menunjukan berapa muka surat telah di scan.
Sebelum tekan ok anda ada pilihan menu untuk rename atau putarkan dokumen atau tukarkan dokumen ke warna. Abaikan jika tak perlu
Google Drive akan tanya di mana hendak simpan dokumen ini. Terus upload takpa menjejaskan storan telefon. Klik save jika berpuas hati
Bila dah upload anda boleh emailkan terus atau send a copy untuk hantar ke SCOMED contoh whatapps group atau telegram
Contoh perkongsian ke kumpulan telegram terus daripada Google Drive
Dah siap .. mudah bukan ?

Bagaimana mudah bukan ? Scan lebih cantik dan kemas .. barulah mencapai kemahiran yang sesuai pada tahun 2020. Mari lah cuba sekarang ? Ada masalah boleh lah bertanya di bawah.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This