Dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Google Malaysia akan melancarkan DELIMa Certified Training Program.

DELIMa yang sebelum ini dikenali sebagai Pelantar Pembelajaran Digital KPM (moe-dl.edu.my) akan digunakan untuk menyelaras latihan pengiktirafan Google Certified Educator (GCE) Level 1 dan GCE Level 2. Pengiktirafan ini diberikan secara percuma dan terhad kepada 5000 warga pendidik KOM

Pendaftaran untuk menyertai mana-mana sesi latihan tersebut boleh dibuat dengan melayari Menu Guru yang terdapat dalam DELIMa bermula 22 Julai 2020. Untuk makluman, pendaftaran adalah berdasarkan first come first serve basis dan pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel kepada peserta.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This