Macam mana tu ? Zaman COVID-19 zaman berjimat cermat. Nak beli mahal dan kena langgan bulan-bulan MS Office 365. Yang ada pula melalui web atau ID DELIMA pula tak boleh install hanya boleh guna MS Office 365 online. Nak kena ada data yang stabil untuk edit office.

Kami di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan dah lama sediakan lesen MS Office 365 secara percuma automatik kepada pengguna email SEMOS atau domain btpnsel.edu.my.

Macam mana nak redeem atau dapatkan MS Office 365 secara percuma tersebut tu ?

Langkah Pertama

kenalpasti sama-ada anda ada id tersebut ? kalau sekolah hanya gunakan [email protected] untuk redeem dan kami bagi 5 lesen percuma bukan satu .. tapi LIMA yang anda boleh pasang pada PC dan Laptop. (pada phone dan tablet adalah unlimited tau). (siapa yang lupa password email semos atau btpnsel.edu.my sila WhatApps id anda ke 012-6970723 – Voice Call tak akan dilayan)

Langkah Kedua

Masukan id anda di laman web Microsoft untuk redeem

Masukan id anda dan klik Get Stated

Selepas itu pilih peranan anda sama ada guru atau pelajar

Pilih peranan anda

Dan klik seterusnya

Langkah Ketiga

Pasanglah MS Office anda dengan muat turun apps tadi

Bergantung kepada OS apa anda guna sama ada windows atau MAC OS sistem web Microsoft akan benarkan anda download secara automatik

Tada .. dah siap. Yang penting origenal bukan cetak rompak

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This