Ramai cikgu-cikgu pada keadaan pendemik Covid-19 telah menjadi Youtuber berkaitan PdPR untuk para pelajar dan kami ucapkan tahniah dan syabas kerana menyahut cabaran ini. Bukan mudah daripada merancang isi pengajaran, skrip, pencayaan, peralatan untuk sesi online dengan set lampunya dan camera yang sesuai.

Kami ingin berkongsi tips mudah untuk buat cover Youtube secara mudah. Kerana kalau cikgu-cikgu gunakan Streamyard untuk sesi online cikgu-cikgu perlu muat naik cover Youtube saiz 1280×720 pixel sebagai kulit hadapan.

Apa tu saiz cover 1280x720p nie ? nak perlu saya buka photoshop ker ? Kami ajar cikgu-cikgu cara mudah untuk cipta cover tersebut dengan aplikasi online.

Contoh saiz yang perlu muat naik ke dalam Aplikasi Streamyard

Langkah pertama register akaun ke laman web Canva.com

Klik register dan masukan akaun yang KPM beri kepada cikgu untuk unlock premeium features khas untuk guru-guru seluruh dunia kerana domain edu.my akan melayakan anda gunakan untuk institusi pendidikan.

Contoh akaun Edu KPM

Dan klik register dan anda akan diminta pilih kenapa gunakan Canva tadi. Pilih lah sebagai Cikgu

Dapatkan pengesahan .. klik sahaja
Tahniah dah berjaya

Sekarang anda boleh mulakan design anda dengan mudah terutama untuk cover Youtube anda. Pilih menu “Buat reka bentuk” dan taip perkataan “youtube”

Pilih imej kecil youtube
Pilih design yang anda rasakan sesuai dan klik untuk edit

Pilih pilihan template sedia ada dan anda boleh tukar dengan perkataan dan gambar yang sesuai. Mudah tanpa perlu gunakan aplikasi Photoshop

Contoh cover youtube yang dah siap

Selepas ubah dan masukan gambar yang sesuai anda dah boleh download dan gunakan sebagai cover youtube yang nampak lebih profesional.

Klik ikon muat turun untuk cover youtube anda
Upload ke Streamyard sebagai cover Youtube anda

Maka selepas download cover tadi anda bolehlah muat naik ke laman Streamyard sebagai cover stream anda. Jika anda dah ada live streaming sebelum ini dan nak kemaskini cover anda boleh muat naik dalam laman youtube anda dalam ruangan video saya.

Contoh anda boleh tukar lakaran kecil youtube dalam butiran live yang lepas supaya lebih kemas dan menarik

Anda boleh tukar cover youtube yang lepas dalam ruangan manage video dalam saluran youtube anda. Mudah bukan dan dapat menarik lebih ramai penonton selepas ini.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This