Dimaklumkan bahawa Sektor Pengintegrasian Teknologi Pendidikan, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Microsoft Malaysia dan Microsoft Global Training Partner (Fedelis) akan menganjurkan program Microsoft Fun-tastic School Break Program. Program tersebut akan dirasmikan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Jun 2021 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Pautan : https://sway.office.com/MXyN397c1756JnYA?ref=Link
(Risalah dalam bentuk pdf disertakan bagi pendaftaran dan pendaftaran adalah menggunakan akaun moe-dl, DELIMa)

Program ini adalah berfokuskan murid dan akan diadakan sepanjang cuti sekolah. Tujuan utama program ini adalah untuk membolehkan murid mendapat ilmu pengetahuan bukan sahaja mengenai penggunaan Microsoft Teams tetapi juga mengenai penggunaan teknologi secara selamat.

Adalah juga dimaklumkan bahawa pihak pengajur telah menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk memastikan peyertaan yang aktif daripada murid.

Sehubungan dengan itu mohon jasa baik pihak tuan untuk hebahkan perkara ini dengan memanjangkan risalah berbentuk pdf yang dilampirkan dalam e-mel ini kepada warga pendidik agar mereka dapat kongsikan maklumat tersebut kepada murid.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi saya Puan Jayanthi Jayaraman di [email protected] Sekian, terima kasih.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This