E-Pembelajaran telah menjadi keutamaan pelajar dan guru di Malaysia disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Oleh itu, Awantec & Google dengan kerjasama Kementerian Pendidikan ingin meningkatkan kesedaran tentang pembelajaran dalam talian untuk masa depan.

Dengan mempamerkan semua kaedah dan aplikasi yang berbeza untuk menarik minat pelajar dalam menikmati pembelajaran dalam talian, pertandingan ini bertujuan untuk menunjukan pelbagai usaha dan kreativiti yang diambil oleh guru dan warga pendidik kepada pelajar mereka.

Kreativiti adalah faktor utama yang dipertimbangkan dalam pertandingan ini.

PERATURAN

  1. Anda dikehendaki menghasilkan video pendek.
  2. Durasi video anda hendaklah antara 2-3 minit.
  3. Anda dikehendaki memasukkan komponen berikut dalam video anda:
  4. Semua penyerahan video mestilah mengikut dalam salah satu format berikut:
    • Video Media Windows (.wmv)
    • Mpeg-4 (.mp4)
  5. Mana-mana Bahasa boleh digunakan.
    • Jika video dalam Bahasa Malaysia, tiada sarikata diperlukan
    • Jika video adalah selain Bahasa Malaysia, sarikata dalam Bahasa Malaysia diperlukan
  6. Kandungan video tidak boleh mengandungi apa-apa perkataan lucah, komen lucah, bahan seksual eksplisit, ungkapan ketaksuban, politik, perkauman dan kebencian.
  7. Kredit mesti diberikan kepada pemilik asal, sekiranya terdapat apa-apa bahan berhak cipta yang digunakan, sama ada dalam bentuk muzik, gambar atau rakaman.
  8. Penghujahan anda akan diadili oleh panel hakim berdasarkan:
    • Kreativiti
    • Penceritaan
    • Videografi
  9. Peserta WAJIB menggunakan hashtag #gurukreatifgoogle semasa memuat naik video anda di Ruang Ilmu.
  10. Keputusan hakim adalah muktamad mengikut kriteria yang ditetapkan dan rayuan selanjutnya tidak akan dipertimbangkan selepas pengumuman keputusan.
  11. Video mesti mengandungi kandungan asal dan tidak pernah diterbitkan atau mendapat hadiah dalam pertandingan lain.
  12. Penganjur berhak untuk mempublikasikan video yang menang di mana-mana media massa.
  13. Hak cipta semua video yang dihantar adalah milik penganjur.
  14. Awantec berhad berhak untuk tidak menerbitkan video jika kandungan dianggap melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang kami.
  15. Awantec berhad berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat, struktur acara dan hadiah tanpa notis terlebih dahulu.

LANGKAH PENYERTAAN

  1. Langkah (1) : Muat naik video anda ke Google Drive mengunakan Akaun DELIMa
    • Sila pastikan File video di Google Drive anda ditetapkan kepada umum
  2. Langkah (2) : Salin pautan Video dari Google Drive
  3. Langkah (3) : Log masuk ke Ruangilmu melalui Portal Delima
  4. Langkah (4) : Kongsi pautan anda di ruang ilmu dan gunakan hashtag #gurukreatifgoogle.

HADIAH PEMENANG

  1. Tempat Pertama – RM1,000 (Guru) + RM2,000 (Sekolah)
  2. Tempat Kedua – RM800 (Guru) + RM1,500 (Sekolah)
  3. Tempat Ketiga – RM500 (Guru) + RM1,000 (Sekolah)
  4. Video dengan Undian Tertinggi – RM500 (Guru)
Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This