Jom saksikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan (AKTeP) Negeri Selangor Tahun 2021 dan Anugerah DUTA 2020 Anjuran Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPN Selangor.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor merupakan satu majlis yang memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sekolah, guru dan murid yang terlibat dalam usaha membantu Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) merealisasikan agenda dan wawasan pendidikan negara. Adalah diharapkan melalui majlis ini akan memberikan semangat dan kerjasama yang lebih antara warga pendidik bersama-sama JPN Selangor untuk menjayakan kecemerlangan pendidikan di negeri Selangor.

Objektif program adalah seperti berikut :

  • Pembudayaan Teknologi Pendidikan yang lebih efektif di sekolah-sekolah Negeri Selangor.
  • Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada warga pendidik dan murid khusus dalam bidang teknologi pendidikan dalam usaha membantu JPN Selangor merealisasikan wawasan pendidikan negara.
Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This