No.1 The Morgan Library and Museum, United States ๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ

Terletak di tengah ibu kota New York, bangunan ni merangkumi perpustakaan, dewan persembahan, muzium & menempatkan koleksi buku peribadi JP Morgan. Hasil seni artis Eropah spt Leonardo, Rembrandt & Michelangelo pun ada sini

No.2 Stuttgart City Library, Germany ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ช

Moden. Minimalis. Estetik. โœจ Menyerupai piramid terbalik, perpustakaan ini dibuka pada tahun 2011 dengan menawarkan ruang bacaan yang unik dan terbuka. Tangganya pula menghubungkan perpustakaan di setiap tingkat.

No.3 Strahov Monastery Library, Prague ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ฟ

Dibina pada tahun 1679, perpustakaan ini memainkan peranan penting dalam sejarah Czech & merupakan rumah kpd beberapa ribu cetakan buku yang dibuat antara abad ke-16 & 18. Perpustakaan ini mempunyai dua dewan iaitu Dewan Teologi & Falsafah

No.4 Admont Abbey Library, Austria ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡น

Memaparkan seni bina gaya Baroque, perpustakaan ini adalah salah satu biara tertua & terbesar di dunia yg menempatkan 70,000 jilid buku. Lukisan dinding & arca telah dihasilkan oleh artis zaman Baroque, Bartolomeo Altomonte & Joseph Stammel

No.5 Tianjin Binhai Library, China ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ

Digelar sebagai ‘The Eye’, perpustakaan 5 tingkat ini memiliki sfera di tengah-tengah bangunannya selain memiliki pemandangan unik dari luar yg menyerupai mata gergasi.

No.6 Stockholm Public Library, Sweden ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ช

Direka oleh arkitek terkenal Sweden, Gunnar Asplund & ditubuhkan pada tahun 1928, perpustakaan awam Stockhol ini merupakan ikon bandar yg paling dikenali kerana bentuk silindernya. Juga perpustakaan pertama di Sweden yg memiliki rak terbuka

No.7 The Library of Trinity College Dublin, Ireland ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช

Perpustakaan kolej ini terdiri drpd beberapa bangunan perpustakaan & yang paling terkenal adalah Old Library. Direka oleh Thomas Burgh antara tahun 1712 – 1732. Ia menyimpan 200,000 buku lama, artifak & manuskrip sejarah

No.8 Bibliotheca Alexandrina, Egypt ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฌ

Direka oleh firma Norway, Snรธhetta, Bibliotheca Alexandrina terletak di pantai laut Mediterranean di Alexandria, Mesir. Mempunyai rak untuk 8 juta buku & juga menempatkan pusat persidangan, 4 muzium, 4 galeri seni, 15 pameran tetap planetarium & makmal pemulihan manuskrip.

No.9 Biblioteca Vasconcelos, Mexico ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡ฝ

Digelar sebagai Megabiblioteca (perpustakaan mega) di Mexico, rak buku perpustakaan ini mempunyai reka bentuk yg unik kerana ditindankan secara simetri. Dipadankan dgn dinding lutsinar yg memberikan ilusi seakan-akan rak terapung

Dan no 10 iaitu Tama Art University Library, Japan ๐Ÿ‡ฏ๐Ÿ‡ต

Terdiri daripada 2 perpustakaan, perpustakaan Hachioji yg terbarulah yg paling menarik perhatian kerana seni binanya. Perpustakaan Hachioji diiktiraf atas konsep seni bina yg melengkapi lokasi- fizikal bangunan tersebut disamping menampung landskap semula jadinya.

Disiapkan pada tahun 2007, reka bentuk modennya kekal abadi dengan gerbang konkrit, dinding kaca dan perabot yg minimalis.

Kredit kepada twitter https://twitter.com/mybukuzzatee

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This