Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sebagai tuan rumah akan menganjurkan Program Pembelajaran Penddiikan Drone Edu Challenge IR 4.0 (DEC4IR) tahun 2022.

Program ini merangkumi program pembelajaran dan pertandingan mengenai teknologi dron dan teknologi revolusi ke-4.

Program ini telah dirangka untuk dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya tanpa perjumpaan fizikal yang merangkumi pelaksanaan webinar bersiri yang bakal disampaikan oleh pakar-pakar akademik dan industri, siri penilaian berbentuk aktiviti kuiz/tugasan dan sesi temu bual bersama panel pakar dari industri dan akademik

Pendaftaran boleh dilakukan melalui site pertandingan www.dec4ir.com bermula 20 Julai 2022 hingga 30 November 2022. Layari juga facebook pertandingan di https://www.facebook.com/droneeduchallenge/

Surat makluman daripada BSTP KPM boleh download di bawah

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This