Dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Microsoft Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor selaku tuan rumah akan melaksanakan Pertandingan Minecraft Challenge: Education Edition 2022.

Objektif pertandingan ini adalah untuk menyediakan murid yang berkemahiran menggunakan coding atau kod arahan dalam bahasa pengaturcaraan, memberi pengalaman dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif serta unik seterusnya melahirkan murid yang fasih digital.Pertandingan ini akan bermula pada 15 Jun sehingga 31 Julai 2022. Untuk tujuan tersebut satu sesi taklimat dan pelancaran akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut:

Terbuka kepada semua murid dan kami mohon anda maklumkan kepada guru pembimbing anda terlebih dahulu jika ingin menyertai pada tahun ini.

Jangan lupa ikuti pelancaran cabaran ini melalui MS Team Live Event nanti.



Site pertandingan boleh rujuk URL berikut : https://sites.google.com/moe.gov.my/pemerkasaan-digital/pemerkasaan-digital

atau klik butang di bawah :

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This