Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (CSM) akan melaksanakan Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSeD) Tahun 2022. Pertandingan NICTSeD 2022 akan dijalankan secara dalam talian dan hibrid.

Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk budaya proaktif keselamatan siber dalam kalangan peserta, mendidik perbincangan terbuka, konstruktif dan bebas mengenai isu keselamatan siber, merangsang peserta menjadi duta besar dan menganjurkan aktiviti keselamatan siber serta akhir sekali membentuk kumpulan bakat profesional keselamatan siber masa depan bagi mendepani alam siber.

Untuk makluman, NICTSeD 2022 terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia berumur 13 hingga 17 tahun secara berpasukan terdiri daripada tiga (3) murid serta seorang guru pembimbing dan hanya satu (1) pasukan sahaja bagi setiap sekolah KPM. Maklumat lanjut mengenai NICTSeD 2022 boleh diakses melalui portal DELIMa KPM di bahagian aktiviti murid. Maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://www.cybersafe.my/nictsed/

Penghantaran penyertaan NICTSeD 2022 akan bermula pada 15 Jun 2022 hingga 31 Julai 2022.



Untuk taklimat dan maklumat pertandingan anda dijemput masuk ke sesi Zoom bersama-sama CyberSecurity Malaysia nanti pada ketetapan berikut :

Register dulu untuk dapatkan jemputan masuk. Mohon laksana awal.

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This